Salam sejahtera,
Sebentar tadi saya mendapat panggilan telefon daripada rakan sepejabat berkenaan dengan adiknya yang ditawarkan kononnya pelaburan emas dari Kuala Lumpur.
Bayar RM20,000 tapi emas tak dapat kononnya emas tersebut selamat disimpan di KL. Adiknya dijanjikan pulangan RM1,000 (tak tahu berapa lama).
Ragu akan modus operandi skim emas ini beliau sebagai abang dan kebetulan mengetahui saya dalam bisnes emas mula bertanya.
Saya bongkar modus operandi mereka secara detail dan akhirnya adiknya terselamat dari umpan scammers tersebut..
Syukur Alhamdulillah..

Umpan - dapat dividen/ganjaran bulanan.. Pelabur yang kurang bijak, tidak memeriksa berapa harga semasa emas dunia terus terperangkap.. Padahal harga ditawarkan jauh lebih tinggi dari semasa..

memberikan keraguan kepada pelabur dengan memberi jaminan mereka simpan emas tersebut.. Target mereka pelabur terpedaya dan membayar sejumlah wang.. Tapi 'emas' tidak diserahkan

Mangsa akhirnya terjerat dan bersetuju dengan si penipu ini.. Seterusnya mangsa menunggu setiap hjg bulan.. Bln pertama dapat, belum kedua lambat sikit masuk, bln ketiga langsung tiada duit di bank in

Si pemangsa mencari mangsa yang baru.. Sama taktik dengan mangsa yang awal.. Begitulah modus operandi mereka, emas seketul je.. tapi dibawa ke hulu hilir dengan beratus orang yang mudah tertipu kerana tiada ilmu tentang pelaburan emas

Bulan pertama dapat, bulan kedua lambat, bulan ketiga tiada terus bunyi.. Emas tak dapat, duit pun terbang.. Kesian dengan yang menjadi mangsa ini
Original Article by;
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta (A350)
Kesimpulan:
- Kalau pelaburan emas itu memberi tawaran ganjaran bulanan – SAY NO!
- Setiap emas pelaburan yang established mempunyai SIJIL KETULENAN. Kalau tiada – SAY NO!
- Minta bukti pengesahan dari 2 badan iaitu BANK NEGARA MALAYSIA & SYARIKAT SURUHANJAYA MALAYSIA. Kalau tiada –SAY NO!
- Make sure BELI EMAS, DAPAT EMAS di tangan.
- Kalau dah terjerat hubungi BANK NEGARA MALAYSIA dengan kadar SEGERA!~
11:13:00 pm /
0
comments
/
Read more