Mengapa Emas Mahal.
Salam sejahtera,
Biasanya sesuatu barang menjadi mahal kerana ada dua sebab utama iaitu:
- Sama ada kerana ianya sedikit ataupun terhad
- Mempunyai banyak kelebihan
Emas memiliki kedua-dua ciri tersebut. Tidak seperti logam lain, kuantiti emas di seluruh dunia adalah amat sedikit.
Di anggarkan sekiranya keseluruhan emas yang pernah dikeluarkan dari perut bumi di seluruh dunia jika dikumpulkan, ianya sekadar membentuk sebuah bongkah kiub dengan setiap sisinya berukuran 19 ela sahaja!

The size of cube made of all gold ever produced in the world.
Syarikat GFMS Ltd pada akhir tahun 2006 menganggarkan sekitar 158,000 tan sahaja emas yang sudah dikeluarkan dari perut bumi yang mana 66 peratus daripadanya sudah dihasilkan sebelum tahun 1950.
Tidak semua tempat di dunia ini dapat menemui emas. Di lombong yang paling banyak menghasilkan emas sekalipun iaitu Afrika Selatan, bagi setiap satu tan bijih yang dilombong hanya sekitar lapan hingga 10 auns emas sahaja dapat dihasilkan. Ada juga lombong yang hanya dapat menghasilkan sekitar tiga sehingga empat gram bagi setiap tan bijih.
Di sebalik penghasilan yang sedikit itu, emas mempunyai kegunaan yang banyak. Disebabkan itu permintaan emas sentiasa melebihi kapasiti pengeluaran. Sebab itu permintaan emas sentiasa melebihi kapasiti pengeluaran (supply). Penggunaan utama emas sejak dahulu lagi adalah dijadikan sebagai barang perhiasan ataupun barang kemas.
Menyentuh tentang permintaan berbanding penawaran (ataupun pengeluaran), statistik terkini yang dikeluarkan oleh World Gold Council melalui laporannya iaitu Gold Demand Trends Full Year 2010 menunjukkan pada tahun 2010, permintaan emas adalah sebanyak 3,812 tan berbanding penawarannya sebanyak 2,543 tan sahaja dari lombong (supply). Ini bermakna terdapat perbezaan sebanyak 1,269 tan ataupun kira-kira 50% permintaan tidak dapat dipenuhi.
Lebihan permintaan sebegini besar sudah cukup bagi membuatkan harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.
Selain faktor permintaan yang sangat tinggi, banyak faktor lain yang memberikan pengaruh secara langsung atau tidak langsung kepada kenaikan harga emas setiap tahun yang mampu menyebabkan harga emas berubah:
- Suasana politik seluruh dunia
- Perubahan polisi sesebuah negara besar
- Bencana alam yang serius
- Peperangan
- Kemarau
- Kenaikan harga komoditi utama dunia iaitu MINYAK .
Ini semua sebahagian daripada faktor yang dapat mempengaruhi harga emas namun kadangkala perubahan besar pada salah satu faktor itu hanya memberikan impak yang minima kepada kenaikan harga emas di pasaran dunia. Faktor utama yang memberikan pengaruh kepada kenaikan harga emas adalah kenaikan kadar inflasi.
Apabila memperkatakan kadar inflasi ini, kita mesti mengaitkannya dengan matawang kerana secara langsung inflasi mengubah nilai sesuatu matawang.
Jika anda perasan, hampir kesemua situasi di atas berlaku pada tahun 2011 sehingga membuatkan harga emas melambung tinggi. Sila rujuk artikel ini 2011 Stats In Review
Berikut adalah artikel yang memberi penerangan secara simple dan mudah difahami oleh anda semua.
- Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020
- Tips jadi Jutawan segera
- Cara mendapatkan modal untuk perniagaan Emas
- Anda calon Muflis seterusnya
- Genneva: Kenapa anda akan rugi
- Kelebihan perniagaan emas Public Gold
- Bank Negara Malaysia Investigates Genneva Sdn Bhd and Etika Emas Estet Sdn Bhd
- Tips semasa membeli Emas
- Macam mana nak jadi Dealer??
- Kedai Emas Public Gold
- Zakat Emas & Perak
- Fadhilat & Kelebihan Zakat.
- Our Precious Products
- Perbandingan Pelaburan Emas fizikal yang SAH
- Gold: Ultimate Wealth Protector
- Chinese, Indian Saving in Gold
- Apakah yang akan berlaku jika Negara Bankrap?
- Mengapa anda perlu menyimpan emas?
- Trend Harga Emas
- How to BUY & PAY?

0 comments for "Mengapa Emas Mahal."