Genneva: Kenapa anda akan rugi

Tak serik2 lagi ke???

Pada beberapa minggu lepas, saya tergerak hati untuk menghubungi pihak Genneva untuk bertanyakan harga emas serta ‘hibah’ yang akan saya perolehi jika membeli emas mereka. Al-maklumlah harga emas berada di paras rendah masa ni.

Harga mereka pada 14/12/2011 (tarikh panggilan dibuat) ialah RM205/gram. Mereka menawarkan Hibah pada kadar 2% sebulan. Mari buat perbandingan dengan harga Public Gold.

Katakan anda memilih untuk membeli 100gram daripada Genneva:

100gram
Genneva : RM20,500    Hibah : 2% = RM410 sebulan         
Total Hibah : RM410 x 6 bulan = RM2,460

Perbandingan: RM20,500 (Genneva) – RM17,932 (Public Gold) = RM2,568
Anda rugi: RM2,568 – RM2,460 = RM108                         

Jika anda berasa lega kerana cuma kerugian RM108, anda TERSILAP. Selepas 6 bulan sekiranya anda ingin menjual semula emas tersebut, anda terpaksa rela menjual pada harga yang anda beli iaitu RM20,500 walaupun harga emas tersebut sudah naik. Alasannya, “Gua sudah bagi lu hibah bulan2. Apa lu mau kecoh lagi?”.

Biasanya mereka akan ’memujuk’ anda. Bagaimana??? “Kalau selepas 6 bulan harga emas turun, gua angkat lu punya emas macam harga lu beli dulu ma. Biar gua tanggung lu punya rugi. Ada berani???”

Sekiranya benar selepas 6 bulan harga emas Genneva jatuh contohnya pada RM198/gram, JANGAN JUAL emas anda tuan2. Abis tu kalo tak jual nak buat apa???

Mari saya ‘ajar’ tuan-tuan macam mana nak ‘renew’ kontrak dengan mereka untuk dapatkan ‘Hibah’ tanpa bayar satu sen pun.

Anda beli emas 100gram daripada mereka sejumlah RM20,500. Harga semasa pula jatuh kepada RM198/gram atau pun RM19,800 untuk 100gram.

Harga semasa
Harga emas anda
Balance
RM19,800
RM20,500
- RM700

Nampaknya emas anda lebih ‘mahal’ sebanyak RM700 berbanding harga semasa. Maknanya kalau anda nak ‘renew’ kontrak, anda WAJIB claim RM700 tersebut dari mereka kerana harga emas TURUN. Bestkan.. Dahlah dapat ‘pampasan’ RM700, dapat jugak Hibah dalam 6 bulan. Lepas ni, bagitau diorang,“Sape cakap aku nak jual balik emas sebab harga turun? Aku nak renew lah wei!!! Please give me the change.”

Persoalannya, kenapa mereka berani ambil risiko sebegitu???

Lihatlah dengan mata kepala anda sendiri.

Jan-Jun
July-Dec

Alamak, baru ingat nak guna trick tadi. Tak pasal2 aku kena ‘kencing’. Patut la diorang konfiden ‘mengencing’ orang lain. Bila masa harga emas lepas 6 bulan turun??? Hibah yang diharapkan, rasa hiba yang datang.


Jika anda bijak

Jika anda lihat semula perbezaan harga Genneva dengan Public Gold tadi, apa yang anda boleh buat dengan RM2,568 tu???

Anda boleh beli lagi produk Public Gold yang lain seperti Gold Bar 10gram & 1 Dinar. Total = RM2569, cuma tambah RM1. Macam beli combo meal KFC pulak. Hehehe.. Secara tidak langsung anda dapat memiliki lebih banyak emas dengan menggunakan bajet yang sama

Selepas 6 bulan, saya percaya kenaikan harga emas-emas tersebut lebih tinggi daripada jumlah Hibah yang Genneva berikan. J

Tindakan anda

Saya dah melaksanakan tugas saya untuk membuka mata anda mengenai pelaburan emas yang sebetulnya. Kini terserah kepada anda untuk memilih. Kepada yang sudah pun menyertai Genneva, saya cuma ada satu nasihat.

Ubah sebelum PARAH!!!
Selamatkan duit anda, anda mampu mengubahnya.

Click Here to keep GOLD now.
Posted by Muhammad Hazim on 9:44:00 pm. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

22 comments for "Genneva: Kenapa anda akan rugi"

  1. Assalamualaikum saudara Muhd. Hazim,

    Terima kasih atas nasihat yg diberi. Untuk pengetahuan saudara, saya juga ada membeli emas drpd kedua2 pihak iaitu Genneva dan Public Gold, semata2 utk mempelbagaikan portfolio saya. Tetapi investment utama saya adalah pd hartanah.

    Memang x dinafikan Public Gold menawarkan harga yg termurah di pasaran, tetapi apa yg saudara ceritakan ttg Genneva bukan 100% betul. Genneva bukan sebuah pelaburan emas, tetapi ianya hanya 'outright sales' yg menjanjikan 'discretionary hibah' pd pembeli berdasarkan promosi yg ada pd hari pembeli itu membeli drpd mereka.
    Selalunya hibah yg sedikit akan mempunyai kontrak yg lama, iaitu 6 bulan, dan hibah yg tinggi akan mempunyai kontrak sesingkat 3 bulan.

    Setelah matang tempoh kontrak itu, pembeli akan menjual emas mereka kpd Genneva utk mendapat balik wang mereka. Jadi pembelian yg seterusnya adalah pembelian yg baru, tiada istilah 'renew' pun dlm Genneva, sbb ianya bukan skim pelaburan, ia hanya menjanjikan 'discretionary hibah' kpd pembeli.

    Kenapa 'discretionary'? Sebab Genneva telah mendapat status 'Syariah Compliant'. Kalau ikut akaun simpanan syariah di mana2 bank pun akan bg faedah yg 'discretionary'. Nak tau lebih lanjut rujuklah pd pakar2 Syariah Law sbb saya xtau nak menjelaskan mcm mana. Dlm erti kata senang, jika Genneva x bayar kita apa2 hibah pun x mengapa, sebab ianya 'discretionary hibah', dlm bahasa Melayu ialah 'discretionary= atas budi bicara, hibah= hadiah'.
    Akan tetapi, based on track record, Genneva x pernah gagal membayar hibah yg sepatutnya kpd pembeli.
    Nak jadikan cerita, hibah yg saya perolehi drpd Genneva jugalah yg digunakan utk membeli kereta baru saya secara tunai.

    Mmg x dinafikan, saya mempunyai lebih byk emas Public Gold drpd Genneva disbbkan harganya yg menarik. Cuma sbg pembeli saya lebih gemar mempelbagaikan pelaburan saya. Setelah bertahun terlibat dlm pelaburan ini, saya buat kesimpulan bahawa emas Public Gold menawarkan satu jenis pelaburan, iaitu 'buy low, sell high', manakala Genneva ialah 2 in 1 iaitu buy low sell high juga, tapi dlm masa yg sama ada duit bunga dapat setiap bulan. Saya juga tertarik dgn pelaburab VGMC, byk org mengatakan ianya SCAM, ttp pada saya, siapalah kita utk sewenang2nya menghukum tanpa menyelidik terperinci terlebih dahulu

    Tak elok kita menghukum sembarangan semata2 utk kebaikan kita sendiri, dan menyekat sumber rezeki org lain. Nanti insyaAllah selepas ini jika berkesempatan saya akan share sedikit sebyk ttg pelaburan VGMC pula setelah saya berjumpa individu yg berkenaan. Kpd saudara pemilik blog, sedikit nasihat, sekiranya hasil tulisan bukanlah drpd sendiri, baca dan fahami sebelum copy paste pd blog saudara.
    Akhir kata, selamat maju jaya dlm perniagaan saudara, semoga sukses.

    Yusoff

  2. terima kasih kepada encik yusoff.

    mmg btol ckp encik kalo Genneva xbagi Hibah bulanan kpd pembeli pun xpe. sbb hibah ni sebenarnya hadiah kalau ada untung. persoalannya sekarang, Genneva menggunakan term Hibah tersebut untuk menarik org ramai melabur kpd mereka. Saya ada sedikit kekeliruan dgn kenyataan encik yg Genneva bkn sebuah pelaburan emas kerana didalam website mereka sendiri menyatakan mereka juga membuat pelaburan emas.

    gold bar genneva juga TIADA sijil ketulenan. padahal saya difahamkan bahawa Genneva merupakan salah satu syarikat yg terkemuka di dunia yg mempunyai byk portfolio pelaburan. Jika encik lihat dikedai2 emas, kesemua Gold Bar yg dijual mempunyai Sijil Ketulenan yg disahkan oleh Assayer.

    tambahan pula syarikat genneva disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia. begitu juga dgn VGMC yg tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Saya bagi satu cth situasi, encik hendak membeli kereta daripada org yg tidak dikenali. beliau offer kereta tersebut kpd encik pada harga yg sgt murah berbanding penjual2 yg lain. setelah diselidik, rupa2 nya individu terbabit merupakan dlm WANTED list pihak berkuasa.. Adakah encik mahu meneruskan urus niaga tersebut???

    Genneva mendaftarkan syarikat atas urusan Menjual & membeli Emas. Tetapi pihak bank negara mendapati mereka menggunakan Emas sbg umpan utk mengumpul wang pelabur secara haram. Tidak mustahil akaun Genneva akan dibekukan seperti yg terjadi kpd syarikat Bestino Golden House Sdn Bhd. Akibatnya, ramai pelabur2 yg rugi serta menyalahkan pihak berkuasa kerana membenarkan syarikat seperti itu berleluasa. Modus operandi mereka semuanya sama.

    Lihat artikel ini.
    http://www.publicgoldsarawak.com/ver2/2012/01/03/pelabur-skim-emas-tuntut-wang-rm411-juta/

    http://www.goldlionaire.com/2011/12/bank-negara-malaysia-investigates.html

    http://www.goldlionaire.com/2012/01/amaran-pelabur-senarai-laman-webproduk.html

    Kebanyakan bank2 didunia juga menawarkan pelaburan emas. Tetapi tiada satu pun yg menawarkan pulangan bulanan kpd pelabur. Jika bank yg mempunyai CAPITAL yg lbh BESAR pun x mampu beri pulangan/dividen bulanan, mcm mana Genneva mampu melaksanakannya???

    Jika encik faham tentang artikel yg saya karang sendiri di atas, encik patut sedar bahawa wang Hibah yg encik dapat daripada Genneva merupakan WANG ENCIK SENDIRI. Kalau menggunakan modus operandi seperti mereka tu, semua org dpt bagi Hibah bulanan kpd Encik. Syaratnya encik bagi saya RM12,000 secara lamsam. then saya akan bagi encik RM1000 setiap sebulan selama 1 tahun tanpa GAGAL. lps tu kalo encik nak Hibah lagi bagi lagi RM12,000. Kita buat mcm tu berkali2..

    Kita ambik cth Bank Islam. sesiapa yg simpan duit ke akaun bank tersebut akan menerima Hibah setiap bulan & jumlah nya pula terplg kpd Bank Islam sendiri. Tidak perlu ada kontrak, tidak perlu pegi stamping. Selagi duit pelabur ada didlm akaun terbabit mereka layak menerima Hibah daripada Bank Islam. Sekiranya benar Genneva melaksanakan pelaburan yg mematuhi Syariah, bagi je lah Hibah bulanan setiap bulan kepada pelabur walaupun abis kontrak 6 bln or 3 bulan or sebagainya. As long as duit pelabur msh ada di tgn mereka. Saya cuma mempertikaikan modus operandi mereka yg MEWUJUDKAN KONTRAK tersebut. Kalau xde kontrak, saya mmg mengakui pelaburan yg Genneva anjurkan adalah yg TERBAIK.

    Saya teringat dgn pesanan daripada Mentor2 saya. Pelaburan emas ini menyamai dgn pelaburan hartanah yg encik buat skang. Hari ini beli, then simpan. tunggu harga naik lps tu kita jual. dptlah utg kenaikan harga tersebut. Secara jujurnya, kalo ada org nak jual tanah kpd encik jauh lbh tinggi dari pasaran, encik nak beli x??? alasannya diorg nak bagi Hibah bulanan kpd encik.

    Ada 2 sbb kenapa pelabur terjebak dgn Scam.

    1. Krg ilmu ttg pelaburan yg ingin diceburi
    2. Nak utg cpt.

    sekali lagi saya ucapkan terima kasih kpd encik kerana sudi memberi respon terhadap artikel saya. Saya ingin memohon maaf sekiranya ada terlanjur bahasa.

  3. mindblown! karangan menarik, feedback profesional, comeback yg manis!

  4. steady bro...
    i mintak izin utk share dlm blog kmk juak

  5. blh.. no problem.. sila jak.. :)

  6. ada kawan offer skim genneva syariah ni..tapi aku tak berapa paham. bunyi mcm menarik jer.

  7. bunyi je mcm menarik. actually kita dpt 'hibah' dari duit saku kita sendiri. Sbb tu la ada kontrak 3 bln or 6 bln.. sbb kalo bagi hibah lbh dari jangka masa yg ditetapkan, Genneva akan bungkus sbb cash yg masuk x ckp nak bagi hibah bln2..

  8. lagi satu,emas tu kita pegang.mcmana tu?macam tak ada rugi la kan? thanks a lot info.

  9. u r most welcome..

    yup.. emas digunakan sebagai umpan untuk mengaut atau mengumpul duit mangsa. bila ada emas org akan yakin yg company tu betul2 nak bagi dividen padahal kalo betul nak bagi 'hibah' kenapa perlu ada kontrak??

    Kita ambik cth Bank Islam. sesiapa yg simpan duit ke akaun bank tersebut akan menerima Hibah setiap bulan & jumlah nya pula terplg kpd Bank Islam sendiri. Tidak perlu ada kontrak, tidak perlu pegi stamping. Selagi duit pelabur ada didlm akaun terbabit mereka layak menerima Hibah daripada Bank Islam. Genneva perlu bagi Hibah bulanan setiap bulan kepada pelabur walaupun abis kontrak 6 bln or 3 bulan or sebagainya. As long as duit pelabur msh ada di tgn mereka.

    Lagi seperkara emas yang dijual oleh Genneva harganya sgt tinggi bahkan lebih tinggi dari harga emas di Kedai Biasa. Blh rujuk www.fgjam.org.my.

    Jika kita tidak mahu jual kembali kpd Genneva, mungkin kita ada opsyen utk menjualnya di kedai emas biasa. TETAPI perlu diingat, susut nilai di kedai biasa sgt TINGGI iaitu 15%-35%. Katakanlah slps tamat kontrak 6 bln, harga emas naik dlm 15%(anggaran). Kalau kita jual kt kedai biasa, katakanlah diorg tolak plg MINIMUM 15%. Kita UNTUNG 0%. Macamana kalau diorg tolak lbh dari 15%??? Anda mungkin dh tau akibatnya..

    Lbh baik buat Pelaburan Emas yg betul2. Xde risiko yg akan ditanggung.. :) Bank2 yg ada CAPITAL yg lbh besar pun xbagi 'hibah' or dividen bulanan utk pelaburan emas, mcmana company biasa blh mampu???

  10. engkau tak paham konsep genneva sebenarnya, tak payah cakap lagi lah

  11. kalau mcm tu apa kata Tuan bagi 'KEFAHAMAN' tersebut kpd saya seperti mana Tuan mendapat 'kefahaman' tersebut daripada GENNEVA..

  12. saya pun nak tau jugak. lagi satu ketulinan emas genneva nin mcm mana yer.

  13. yg tu kena tanya consultant Genneva.. hehehe..

  14. ada 1 persoalan
    andai kata kita beli kat geneva 50k,
    akan dapat selama 3 bulan adalah 3k
    andai kata nk stop geneva kita perlu jual balik dan dapat semula 50k kan??
    so jd le 53k

    andaikata nilai emas 50k kita beli kat geneva tu kita beli kt PG cuma 43k, selepas 3 bulan andaikata harga tidak berubah, kita dapat susut 5%

    so kita tak leh jual,kena tunggu harga tinggi

    ada betul tk??

  15. Betul...betul...betul...dh terkena dh pun dgn PG ni. Tunggu punye tunggu, bukan harga naik, mkin turun lg ade lah. Bukan untung, malah rugi. Sib baik ada Genneva. Hehehe.....

  16. perbandingan yang jahil tentang Geneva dan emas

  17. Perbandingan yang dibuat oleh ko dalam blog ni sangat bodoh. Pengiraan sebenarnya senang je tapi ko bodoh, ni aku nak cite skit sebagai Consultant Geneva.

    Di Geneva, Ko beli emas 50 gram pada harga RM200/gram, ko bayar RM 10 K Pada bulan Januari, ko dapat hibah 1.8% selama 6 bulan, tiap bulan dapat RM180 x 6 bulan = Rm1080

    Pada hujung bulan Jun, bila tamat kontrak 6 bulan, ko bawa balik dan jual kepada Geneva pada harga RM200/gram (dijamin), maknanya ko dapat balik RM10,000 + RM1080 (Hibah)

    Jika begitu keadaannya, apa masalah dan isu nya dengan harga, pebandingan ko dengan harga tu menunjukkan kebodohan ko

    Sebaliknya dengan Public Gold, ko beli 50 gram pada Januari pada harga RM180/gram, ko bayar RM9000, ko simpan gold tu sampai bulan Jun (sebagai contoh) jika harga jual pada masa tu turun kepada RM175 dan ko jual, maka ko dapat RUGI RM250

    tetapi jika pada masa tu harga naik kepada RM185, dan ko jual maka ko dapat untung RM250

  18. haha.. wats a competitor.. org melayu bisnes mest ade pny kutuk competitor lain.. mest kne busukkan produk lain utk jual produk sendri.. desperate sgt ker tuan blog? byk sales bln nie? tergugat? haha..

  19. Oops..tersesat ke sini sudah..bukan dh kna serbu ker? Habis investments ratus2 ribu tu aper cerr?

  20. semoga mereka sudah pun tersedar daripada lamunan mimpi yg dicipta oleh pihak Genneva. apa2 pun mereka suma juga mangsa seperti org lain yg tidak memahami modus operandi syarikat.

    bagi pelabur genneva yg masih ada simpan emas di tgn, jgn serahkan kpd pihak genneva bagi tujuan menjual semula kerana pihak genneva tidak mempunyai wang utk membeli kerana akaun bank mereka dh kena freeze. kalo diserahkan juga alamatnya burn cmtu je la.

    bagi yg tiada emas di tgn, jgn hilangkan beberapa dokumen penting semasa berurusan dgn Genneva. Termasuklah dokumen perjanjian, resit pembelian, bank in slip utk cek hibah blnn. mungkin ini dpt membantu anda utk mendptkan semula hak anda.


    bagi yg mempunyai emas genneva utk ditukarkan kd emas produk yg lain, pihak Public Gold sering mengadakan X-Plan Promotion utk menukar emas anda kpd emas Public Gold. Pihak Public Gold juga menawarkan membeli semula emas terpakai pada harga yg tinggi. For more detail blh hubungi saya.

    saya doakan agar segala urusan tuan/puan berjalan dgn lancar. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Tuhan yg Maha Esa..

    Good Luck!!

  21. jika ade sesiapa berminat ingin menjual gold Genneva
    sila coll 12-9444696 (nizar)

Leave a reply