Genneva: Kenapa anda akan rugi
![]() |
| Tak serik2 lagi ke??? |
Pada
beberapa minggu lepas, saya tergerak hati untuk menghubungi pihak Genneva untuk
bertanyakan harga emas serta ‘hibah’ yang akan saya perolehi jika membeli emas
mereka. Al-maklumlah harga emas berada di paras rendah masa ni.
Harga
mereka pada 14/12/2011 (tarikh
panggilan dibuat) ialah RM205/gram. Mereka menawarkan
Hibah pada kadar 2% sebulan. Mari buat
perbandingan dengan harga Public Gold.
Katakan
anda memilih untuk membeli 100gram
daripada Genneva:
100gram
Genneva
: RM20,500 Hibah : 2% = RM410 sebulan
Total Hibah : RM410 x 6 bulan = RM2,460
Total Hibah : RM410 x 6 bulan = RM2,460
Perbandingan:
RM20,500 (Genneva) – RM17,932 (Public Gold) = RM2,568
Anda rugi: RM2,568 – RM2,460 = RM108
Jika
anda berasa lega kerana cuma kerugian RM108, anda TERSILAP. Selepas 6 bulan sekiranya anda ingin menjual semula emas
tersebut, anda terpaksa rela menjual pada harga yang anda beli iaitu RM20,500 walaupun harga emas tersebut
sudah naik. Alasannya, “Gua
sudah bagi lu hibah bulan2. Apa lu mau kecoh lagi?”.
Biasanya
mereka akan ’memujuk’ anda. Bagaimana??? “Kalau selepas 6 bulan harga emas turun, gua
angkat lu punya emas macam harga lu beli dulu ma. Biar gua tanggung lu punya
rugi. Ada berani???”
Sekiranya
benar selepas 6 bulan harga emas Genneva jatuh contohnya pada RM198/gram, JANGAN JUAL emas anda tuan2. Abis tu kalo tak jual
nak buat apa???
Mari
saya ‘ajar’ tuan-tuan macam mana nak ‘renew’
kontrak dengan mereka untuk dapatkan ‘Hibah’ tanpa bayar satu sen pun.
Anda
beli emas 100gram daripada mereka sejumlah RM20,500.
Harga semasa pula jatuh kepada RM198/gram
atau pun RM19,800 untuk 100gram.
Harga semasa
|
Harga emas anda
|
Balance
|
RM19,800
|
RM20,500
|
- RM700
|
Nampaknya
emas anda lebih ‘mahal’ sebanyak RM700 berbanding harga semasa. Maknanya kalau
anda nak ‘renew’ kontrak, anda WAJIB claim RM700 tersebut dari
mereka kerana harga emas TURUN. Bestkan.. Dahlah dapat ‘pampasan’ RM700, dapat
jugak Hibah dalam 6 bulan. Lepas ni, bagitau diorang,“Sape cakap aku nak jual
balik emas sebab harga turun? Aku nak renew lah wei!!! Please give me the
change.”
Persoalannya, kenapa
mereka berani ambil risiko sebegitu???
Lihatlah
dengan mata kepala anda sendiri.
![]() |
| Jan-Jun |
![]() |
| July-Dec |
Alamak,
baru ingat nak guna trick tadi. Tak pasal2 aku kena ‘kencing’. Patut la diorang
konfiden ‘mengencing’ orang lain. Bila masa harga emas lepas 6 bulan turun??? Hibah yang diharapkan, rasa hiba yang datang.
Jika anda bijak
Jika
anda lihat semula perbezaan harga Genneva dengan Public Gold tadi, apa yang
anda boleh buat dengan RM2,568 tu???
Anda
boleh beli lagi produk Public Gold yang lain seperti Gold Bar 10gram & 1
Dinar. Total = RM2569, cuma tambah RM1. Macam beli combo
meal KFC pulak. Hehehe.. Secara tidak langsung anda dapat memiliki lebih banyak emas dengan menggunakan bajet yang sama.
Selepas 6 bulan, saya
percaya kenaikan harga emas-emas tersebut lebih tinggi daripada jumlah Hibah
yang Genneva berikan. J
Tindakan anda
Saya
dah melaksanakan tugas saya untuk membuka mata anda mengenai pelaburan emas yang sebetulnya. Kini terserah
kepada anda untuk memilih. Kepada yang sudah pun menyertai Genneva, saya cuma
ada satu nasihat.
Ubah sebelum PARAH!!!
Selamatkan duit anda,
anda mampu mengubahnya.
Click Here to keep GOLD now.




Assalamualaikum saudara Muhd. Hazim,
Terima kasih atas nasihat yg diberi. Untuk pengetahuan saudara, saya juga ada membeli emas drpd kedua2 pihak iaitu Genneva dan Public Gold, semata2 utk mempelbagaikan portfolio saya. Tetapi investment utama saya adalah pd hartanah.
Memang x dinafikan Public Gold menawarkan harga yg termurah di pasaran, tetapi apa yg saudara ceritakan ttg Genneva bukan 100% betul. Genneva bukan sebuah pelaburan emas, tetapi ianya hanya 'outright sales' yg menjanjikan 'discretionary hibah' pd pembeli berdasarkan promosi yg ada pd hari pembeli itu membeli drpd mereka.
Selalunya hibah yg sedikit akan mempunyai kontrak yg lama, iaitu 6 bulan, dan hibah yg tinggi akan mempunyai kontrak sesingkat 3 bulan.
Setelah matang tempoh kontrak itu, pembeli akan menjual emas mereka kpd Genneva utk mendapat balik wang mereka. Jadi pembelian yg seterusnya adalah pembelian yg baru, tiada istilah 'renew' pun dlm Genneva, sbb ianya bukan skim pelaburan, ia hanya menjanjikan 'discretionary hibah' kpd pembeli.
Kenapa 'discretionary'? Sebab Genneva telah mendapat status 'Syariah Compliant'. Kalau ikut akaun simpanan syariah di mana2 bank pun akan bg faedah yg 'discretionary'. Nak tau lebih lanjut rujuklah pd pakar2 Syariah Law sbb saya xtau nak menjelaskan mcm mana. Dlm erti kata senang, jika Genneva x bayar kita apa2 hibah pun x mengapa, sebab ianya 'discretionary hibah', dlm bahasa Melayu ialah 'discretionary= atas budi bicara, hibah= hadiah'.
Akan tetapi, based on track record, Genneva x pernah gagal membayar hibah yg sepatutnya kpd pembeli.
Nak jadikan cerita, hibah yg saya perolehi drpd Genneva jugalah yg digunakan utk membeli kereta baru saya secara tunai.
Mmg x dinafikan, saya mempunyai lebih byk emas Public Gold drpd Genneva disbbkan harganya yg menarik. Cuma sbg pembeli saya lebih gemar mempelbagaikan pelaburan saya. Setelah bertahun terlibat dlm pelaburan ini, saya buat kesimpulan bahawa emas Public Gold menawarkan satu jenis pelaburan, iaitu 'buy low, sell high', manakala Genneva ialah 2 in 1 iaitu buy low sell high juga, tapi dlm masa yg sama ada duit bunga dapat setiap bulan. Saya juga tertarik dgn pelaburab VGMC, byk org mengatakan ianya SCAM, ttp pada saya, siapalah kita utk sewenang2nya menghukum tanpa menyelidik terperinci terlebih dahulu
Tak elok kita menghukum sembarangan semata2 utk kebaikan kita sendiri, dan menyekat sumber rezeki org lain. Nanti insyaAllah selepas ini jika berkesempatan saya akan share sedikit sebyk ttg pelaburan VGMC pula setelah saya berjumpa individu yg berkenaan. Kpd saudara pemilik blog, sedikit nasihat, sekiranya hasil tulisan bukanlah drpd sendiri, baca dan fahami sebelum copy paste pd blog saudara.
Akhir kata, selamat maju jaya dlm perniagaan saudara, semoga sukses.
Yusoff
terima kasih kepada encik yusoff.
mmg btol ckp encik kalo Genneva xbagi Hibah bulanan kpd pembeli pun xpe. sbb hibah ni sebenarnya hadiah kalau ada untung. persoalannya sekarang, Genneva menggunakan term Hibah tersebut untuk menarik org ramai melabur kpd mereka. Saya ada sedikit kekeliruan dgn kenyataan encik yg Genneva bkn sebuah pelaburan emas kerana didalam website mereka sendiri menyatakan mereka juga membuat pelaburan emas.
gold bar genneva juga TIADA sijil ketulenan. padahal saya difahamkan bahawa Genneva merupakan salah satu syarikat yg terkemuka di dunia yg mempunyai byk portfolio pelaburan. Jika encik lihat dikedai2 emas, kesemua Gold Bar yg dijual mempunyai Sijil Ketulenan yg disahkan oleh Assayer.
tambahan pula syarikat genneva disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia. begitu juga dgn VGMC yg tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Saya bagi satu cth situasi, encik hendak membeli kereta daripada org yg tidak dikenali. beliau offer kereta tersebut kpd encik pada harga yg sgt murah berbanding penjual2 yg lain. setelah diselidik, rupa2 nya individu terbabit merupakan dlm WANTED list pihak berkuasa.. Adakah encik mahu meneruskan urus niaga tersebut???
Genneva mendaftarkan syarikat atas urusan Menjual & membeli Emas. Tetapi pihak bank negara mendapati mereka menggunakan Emas sbg umpan utk mengumpul wang pelabur secara haram. Tidak mustahil akaun Genneva akan dibekukan seperti yg terjadi kpd syarikat Bestino Golden House Sdn Bhd. Akibatnya, ramai pelabur2 yg rugi serta menyalahkan pihak berkuasa kerana membenarkan syarikat seperti itu berleluasa. Modus operandi mereka semuanya sama.
Lihat artikel ini.
http://www.publicgoldsarawak.com/ver2/2012/01/03/pelabur-skim-emas-tuntut-wang-rm411-juta/
http://www.goldlionaire.com/2011/12/bank-negara-malaysia-investigates.html
http://www.goldlionaire.com/2012/01/amaran-pelabur-senarai-laman-webproduk.html
Kebanyakan bank2 didunia juga menawarkan pelaburan emas. Tetapi tiada satu pun yg menawarkan pulangan bulanan kpd pelabur. Jika bank yg mempunyai CAPITAL yg lbh BESAR pun x mampu beri pulangan/dividen bulanan, mcm mana Genneva mampu melaksanakannya???
Jika encik faham tentang artikel yg saya karang sendiri di atas, encik patut sedar bahawa wang Hibah yg encik dapat daripada Genneva merupakan WANG ENCIK SENDIRI. Kalau menggunakan modus operandi seperti mereka tu, semua org dpt bagi Hibah bulanan kpd Encik. Syaratnya encik bagi saya RM12,000 secara lamsam. then saya akan bagi encik RM1000 setiap sebulan selama 1 tahun tanpa GAGAL. lps tu kalo encik nak Hibah lagi bagi lagi RM12,000. Kita buat mcm tu berkali2..
Kita ambik cth Bank Islam. sesiapa yg simpan duit ke akaun bank tersebut akan menerima Hibah setiap bulan & jumlah nya pula terplg kpd Bank Islam sendiri. Tidak perlu ada kontrak, tidak perlu pegi stamping. Selagi duit pelabur ada didlm akaun terbabit mereka layak menerima Hibah daripada Bank Islam. Sekiranya benar Genneva melaksanakan pelaburan yg mematuhi Syariah, bagi je lah Hibah bulanan setiap bulan kepada pelabur walaupun abis kontrak 6 bln or 3 bulan or sebagainya. As long as duit pelabur msh ada di tgn mereka. Saya cuma mempertikaikan modus operandi mereka yg MEWUJUDKAN KONTRAK tersebut. Kalau xde kontrak, saya mmg mengakui pelaburan yg Genneva anjurkan adalah yg TERBAIK.
Saya teringat dgn pesanan daripada Mentor2 saya. Pelaburan emas ini menyamai dgn pelaburan hartanah yg encik buat skang. Hari ini beli, then simpan. tunggu harga naik lps tu kita jual. dptlah utg kenaikan harga tersebut. Secara jujurnya, kalo ada org nak jual tanah kpd encik jauh lbh tinggi dari pasaran, encik nak beli x??? alasannya diorg nak bagi Hibah bulanan kpd encik.
Ada 2 sbb kenapa pelabur terjebak dgn Scam.
1. Krg ilmu ttg pelaburan yg ingin diceburi
2. Nak utg cpt.
sekali lagi saya ucapkan terima kasih kpd encik kerana sudi memberi respon terhadap artikel saya. Saya ingin memohon maaf sekiranya ada terlanjur bahasa.
mindblown! karangan menarik, feedback profesional, comeback yg manis!
tq tuan.. :)
steady bro...
i mintak izin utk share dlm blog kmk juak
blh.. no problem.. sila jak.. :)
ada kawan offer skim genneva syariah ni..tapi aku tak berapa paham. bunyi mcm menarik jer.
bunyi je mcm menarik. actually kita dpt 'hibah' dari duit saku kita sendiri. Sbb tu la ada kontrak 3 bln or 6 bln.. sbb kalo bagi hibah lbh dari jangka masa yg ditetapkan, Genneva akan bungkus sbb cash yg masuk x ckp nak bagi hibah bln2..
lagi satu,emas tu kita pegang.mcmana tu?macam tak ada rugi la kan? thanks a lot info.
u r most welcome..
yup.. emas digunakan sebagai umpan untuk mengaut atau mengumpul duit mangsa. bila ada emas org akan yakin yg company tu betul2 nak bagi dividen padahal kalo betul nak bagi 'hibah' kenapa perlu ada kontrak??
Kita ambik cth Bank Islam. sesiapa yg simpan duit ke akaun bank tersebut akan menerima Hibah setiap bulan & jumlah nya pula terplg kpd Bank Islam sendiri. Tidak perlu ada kontrak, tidak perlu pegi stamping. Selagi duit pelabur ada didlm akaun terbabit mereka layak menerima Hibah daripada Bank Islam. Genneva perlu bagi Hibah bulanan setiap bulan kepada pelabur walaupun abis kontrak 6 bln or 3 bulan or sebagainya. As long as duit pelabur msh ada di tgn mereka.
Lagi seperkara emas yang dijual oleh Genneva harganya sgt tinggi bahkan lebih tinggi dari harga emas di Kedai Biasa. Blh rujuk www.fgjam.org.my.
Jika kita tidak mahu jual kembali kpd Genneva, mungkin kita ada opsyen utk menjualnya di kedai emas biasa. TETAPI perlu diingat, susut nilai di kedai biasa sgt TINGGI iaitu 15%-35%. Katakanlah slps tamat kontrak 6 bln, harga emas naik dlm 15%(anggaran). Kalau kita jual kt kedai biasa, katakanlah diorg tolak plg MINIMUM 15%. Kita UNTUNG 0%. Macamana kalau diorg tolak lbh dari 15%??? Anda mungkin dh tau akibatnya..
Lbh baik buat Pelaburan Emas yg betul2. Xde risiko yg akan ditanggung.. :) Bank2 yg ada CAPITAL yg lbh besar pun xbagi 'hibah' or dividen bulanan utk pelaburan emas, mcmana company biasa blh mampu???
engkau tak paham konsep genneva sebenarnya, tak payah cakap lagi lah
kalau mcm tu apa kata Tuan bagi 'KEFAHAMAN' tersebut kpd saya seperti mana Tuan mendapat 'kefahaman' tersebut daripada GENNEVA..
saya pun nak tau jugak. lagi satu ketulinan emas genneva nin mcm mana yer.
yg tu kena tanya consultant Genneva.. hehehe..
ada 1 persoalan
andai kata kita beli kat geneva 50k,
akan dapat selama 3 bulan adalah 3k
andai kata nk stop geneva kita perlu jual balik dan dapat semula 50k kan??
so jd le 53k
andaikata nilai emas 50k kita beli kat geneva tu kita beli kt PG cuma 43k, selepas 3 bulan andaikata harga tidak berubah, kita dapat susut 5%
so kita tak leh jual,kena tunggu harga tinggi
ada betul tk??
Betul...betul...betul...dh terkena dh pun dgn PG ni. Tunggu punye tunggu, bukan harga naik, mkin turun lg ade lah. Bukan untung, malah rugi. Sib baik ada Genneva. Hehehe.....
perbandingan yang jahil tentang Geneva dan emas
Perbandingan yang dibuat oleh ko dalam blog ni sangat bodoh. Pengiraan sebenarnya senang je tapi ko bodoh, ni aku nak cite skit sebagai Consultant Geneva.
Di Geneva, Ko beli emas 50 gram pada harga RM200/gram, ko bayar RM 10 K Pada bulan Januari, ko dapat hibah 1.8% selama 6 bulan, tiap bulan dapat RM180 x 6 bulan = Rm1080
Pada hujung bulan Jun, bila tamat kontrak 6 bulan, ko bawa balik dan jual kepada Geneva pada harga RM200/gram (dijamin), maknanya ko dapat balik RM10,000 + RM1080 (Hibah)
Jika begitu keadaannya, apa masalah dan isu nya dengan harga, pebandingan ko dengan harga tu menunjukkan kebodohan ko
Sebaliknya dengan Public Gold, ko beli 50 gram pada Januari pada harga RM180/gram, ko bayar RM9000, ko simpan gold tu sampai bulan Jun (sebagai contoh) jika harga jual pada masa tu turun kepada RM175 dan ko jual, maka ko dapat RUGI RM250
tetapi jika pada masa tu harga naik kepada RM185, dan ko jual maka ko dapat untung RM250
haha.. wats a competitor.. org melayu bisnes mest ade pny kutuk competitor lain.. mest kne busukkan produk lain utk jual produk sendri.. desperate sgt ker tuan blog? byk sales bln nie? tergugat? haha..
Oops..tersesat ke sini sudah..bukan dh kna serbu ker? Habis investments ratus2 ribu tu aper cerr?
semoga mereka sudah pun tersedar daripada lamunan mimpi yg dicipta oleh pihak Genneva. apa2 pun mereka suma juga mangsa seperti org lain yg tidak memahami modus operandi syarikat.
bagi pelabur genneva yg masih ada simpan emas di tgn, jgn serahkan kpd pihak genneva bagi tujuan menjual semula kerana pihak genneva tidak mempunyai wang utk membeli kerana akaun bank mereka dh kena freeze. kalo diserahkan juga alamatnya burn cmtu je la.
bagi yg tiada emas di tgn, jgn hilangkan beberapa dokumen penting semasa berurusan dgn Genneva. Termasuklah dokumen perjanjian, resit pembelian, bank in slip utk cek hibah blnn. mungkin ini dpt membantu anda utk mendptkan semula hak anda.
bagi yg mempunyai emas genneva utk ditukarkan kd emas produk yg lain, pihak Public Gold sering mengadakan X-Plan Promotion utk menukar emas anda kpd emas Public Gold. Pihak Public Gold juga menawarkan membeli semula emas terpakai pada harga yg tinggi. For more detail blh hubungi saya.
saya doakan agar segala urusan tuan/puan berjalan dgn lancar. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Tuhan yg Maha Esa..
Good Luck!!
jika ade sesiapa berminat ingin menjual gold Genneva
sila coll 12-9444696 (nizar)