Kita menghampiri MUFLIS???
![]() |
Seperti
yang dijangka, ekonomi Amerika Syarikat bakal melingkup tidak lama lagi. Ini
bukanlah berita buruk hanya untuk rakyat Amerika, bahkan ianya akan
mempengaruhi ekonomi kebanyakan negara yang menggunakan USD dalam import &
eksport.
Tindakan
pemimpin Amerika yang mencetak wang sesuka
hati untuk melangsaikan hutang telah menjatuhkan nilai USD itu sendiri.
Akibatnya, harga emas & perak melonjak ke paras lebih tinggi walaupun harga
logam mentah tersebut berada dalam keadaan kurang stabil sejak September 2011
yang lalu.
Kejatuhan
nilai USD yang begitu teruk telah membimbangkan para pelabur dan membuatkan
mereka memindahkan aset ke dalam bentuk
emas & perak sebagai pelindung nilai.
Mereka merasa tidak yakin dengan pasaran saham ketika ini yang
kebanyakan syarikat gergasi di Amerika terpaksa diselamatkan oleh kerajaan
untuk mengelakkan bankrap.
Akibatnya
ekonomi menjadi semakin teruk lantaran tindakan kerajaan menggunakan duit pembayar cukai untuk bail out syarikat-syarikat berkenaan. Ramai rakyat Amerika dibuang
kerja disebabkan kegawatan ekonomi tersebut. Rakyat Amerika mengadakan
demonstrasi di hadapan bangunan Wall Street sebagai bantahan terhadap tindakan
kerajaan mereka.
Pakar
ekonomi mengatakan bahawa agak mustahil untuk Amerika pulih daripada masalah
ekonomi tersebut. Lagi-lagi hutang mereka sudah pun mencecah angka TRILLION!!! Tidak mustahil negara gergasi tersebut
akan diisytiharkan BANKRAP jika mereka
gagal mengurangkan defisit tersebut.
Apa kaitannya dengan
kita di Malaysia?
Kita
sedia maklum bahawa Amerika merupakan ‘Polis Dunia’. Mereka memaksa kesemua negara di dunia untuk
menjadikan USD sebagai mata wang sandaran bagi tujuan import & eksport.
Tujuannya adalah untuk ‘melariskan’ USD tersebut untuk mengukuhkan nilainya selaku mata wang dunia.
Contohnya,
Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak mentah antarabangsa. Kesemua transaksi
dengan negara luar mesti menggunakan USD. Katakan pada tahun 2000, Malaysia
berjaya mengeksport minyak mentah sebanyak $1,500,000,000. Tukaran mata wang
USD kepada RM ialah 3.80. Ini
bermakna hasil pengeluaran minyak Malaysia pada tahun tersebut ialah RM5,700,000,000.
Katakanlah
pada tahun 2012 ini Malaysia masih lagi mengeksport minyak mentah sebanyak $1,500,000,000. Tukaran USD kepada RM ialah 3.13. Hasil eksport minyak mentah pada
tahun berkenaan ialah sebanyak RM4,695,000,000. Pengurangan
sebanyak RM1,005,000,000 atau 21.4% akibat susut nilai mata wang USD.
![]() |
| Nilai USD terus JATUH! |
Jika
nilai USD terus jatuh, hasil eksport negara kita akan berkurangan dan sedikit
sebanyak menjejaskan ekonomi kita sendiri.
Apa akibatnya?
Kalau
dah hasil negara berkurangan, saya rasa rakyat Malaysia sudah mengerti apa yang
biasanya Pak Menteri akan buat. Subsidi akan dikurangkan & cukai dinaikkan.
Secara tak langsung kos sara hidup akan meningkat. Harga barang NAIK, harga minyak NAIK, tambang pengangkutan NAIK,
caj perkhidmatan NAIK & macam2
lagi NAIK. Yang paling best nya gaji
je TAK NAIK2 dok stay je macam tu
sepanjang tahun. Hehehe.
![]() |
| Realiti yang tidak disedari |
Jika
ekonomi bertambah parah seperti Amerika, tidak
mustahil tenaga buruh atau pekerja terpaksa dikurangkan untuk menjimatkan
duit kerajaan. Cuba anda bayangkan, gaji kita yang ciput tu kekal je macam
dulu. Tapi workload yang terpaksa
ditanggung bertambah berat akibat
pengurangan pekerja. Mustahil anda dapat bekerja dengan tenang & ceria
dengan bebanan yang melampau banyak dengan bayaran gaji yang sama.
![]() |
| Kadar Faedah semakin menigkat |
Akhirnya
kita akan dibebani dengan hutang seperti housing loan, personal loan, kad
kredit & macam2 lagi. Sehinggakan ada yang sanggup meminjam daripada ALONG.
Memang brtul2 nak mintak sembelih.
![]() |
| Perbelanjaan melebihi pendapatan |
Jika
negara MUFLIS, wang kertas negara berkenaan tidak lagi laku. Kita ambik contoh
Zimbabwe. Disebabkan sifat tamak pemimpin yg mencetak terlalu banyak wang,
negara tersebut mengalami HYPERINFLASI.
Wang kertas mereka tidak lagi bernilai walaupun angkanya mencecah TRILLION. Negara jiran kira, Indonesia
juga mengalami nasib yang sama. Angka yang ada pada wang kertas Bapaklah BESAR tapi hakikatnya kuasa
membeli sangat2 RENDAH.
![]() |
| Angkanya besar, kuasanya ciput. |
![]() |
| Akibat ketirisan Pemimpin. |
Ada
segelintir rakyat di negara Indonesia menyifatkan angka kosong yang banyak
merupakan ANGKA KORUP!! Mahukah kita
mengalami nasib yang sama seperti mereka?
Jika
negara gergasi seperti Amerika pun boleh diambang muflis, apa jaminan negara
kita akan terus maju mencapai Wawasan 2020? Mari kita dengar komen Pak Menteri kita.
Jalan Alternatif
Ramai
yang bertanya kepada saya kenapa saya taksub
sangat dengan emas. Bukannya boleh bawak ke kubur pun. Saya hanya mampu J
sahaja. Nak gelak tak sampai hati pulak. Habis tu yang korang dok kerja
setengah mati cari duit, boleh bawa ke kubur ke nanti?
Bukan
kubur masalah kita yang utama, tetapi PERSEPSI
(bukan Pepsi). Kalau bukan kita yang mengubah gaya pemikiran kita sendiri,
kita nak harapkan sapa lagi? Cakap pasal emas je ‘mainan’ pompuan. Cakap pasal emas je haram untuk lelaki. Cakap pasal emas je mahal.
Kebanyakan
masyarakat kita tak sedar tentang kepentingan menyimpan emas berbanding wang
kertas. Di dalam kegawatan ekonomi sebegini, ramai yang tidak perasan harga emas mahupun perak melonjak lebih tinggi. Harga
emas mencatat kenaikan sebanyak 400% dalam tempoh 10
tahun yang lalu. Ada lagi ke pelaburan yang bagi pulangan sehebat tu dengan hanya duduk nganga simpan emas tak
buat apa2?
Apa
yang membuatkan harga emas melambung naik?
Ramai
yang mengadu pening kepala melihat
harga emas tinggi sangat. Saya pesan kat diorang kalau cukup duit beli je tak
payah tunggu harga jatuh. Kalau harga tak jatuh2 macam mana? Tu yang tak jadi
beli tu tengok harga makin mahal.
Tak kira murah atau mahal emas yang anda beli asalkan berkualiti tinggi, harganya akan tetap naik pada hujung tahun nanti. Tak percaya???
Tak kira murah atau mahal emas yang anda beli asalkan berkualiti tinggi, harganya akan tetap naik pada hujung tahun nanti. Tak percaya???
![]() |
| Graf Setahun |
Harga
emas ni ditentukan oleh pasaran dunia. Sebab tu lah walaupun demand untuk emas
di Malaysia kurang, harga emas masih boleh naik disebabkan demand yang tinggi daripada
negara2 lain.
![]() |
| Gold demand |
Petua orang kaya
Semua
orang tahu MUFLIS ialah lawan kepada KAYA. Apa rahsia nak jadi kaya? Anda betul2
nak tahu ke?
Kita
merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Walaubagaimanapun, usahakanlah
rancangan anda kerana orang yang gagal
untuk merancang merupakan orang yang merancang untuk gagal.
Jangan
segan silu untuk menghubungi saya di talian +6013-5778637
jika anda BANTAHAN terhadap hujah2 saya di atas.
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa...
![]() |
Video Pautan
Tonton
video ini dan anda akan faham bagaimana ekonomi Amerika hampir MUSNAH.
Click Here to keep GOLD now.












0 comments for "Kita menghampiri MUFLIS???"