VGMC sah tidak diiktiraf oleh Security Commission




Amaran Pelabur
Senarai Laman Web/Produk Pelaburan/Syarikat Yang Tidak Diiktiraf SC (tempatan)
Di bawah ialah senarai syarikat dan tapak web yang tidak diiktiraf atau tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk menjalankan urus niaga pasaran sekuriti, pasaran niaga hadapan, urusniaga kontrak hadapan, termasuk memberi nasihat pelaburan atau/dan perkhidmatan pengurusan dana atau yang berkaitan dengan pasaran sekuriti atau pasaran niaga hadapan.
Pelabur adalah dinasihatkan untuk tidak membuat apa-apa pelaburan melalui syarikat yang tidak dilesenkan atau yang tidak diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Tawaran kepada pelabur selalunya adalah dalam bentuk pelbagai peluang atau skim pelaburan yang menarik dan mungkin juga berselindung di sebalik perniagaan jualan langsung atau peluang perniagaan.
Sila ambil maklum, senarai ini bukan merupakan senarai mutlak, dan hanya bertindak sebagai panduan kepada pelabur. Senarai ini akan dikemaskini di mana nama-nama syarikat atau laman web akan dikeluarkan atau ditambah dari masa ke semasa. Bagi mana-mana syarikat atau laman web yang tidak tersenarai di sini, orang ramai adalah dinasihatkan juga untuk membuat pengesahan dengan agensi-agensi yang berkenaan (contoh: Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Suruhanjaya Syarikat Malayaia) bagi memastikan status syarikat atau laman web tersebut.
Sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan atau ingin membuat aduan, sila hubungi kami di talian 603-62048999 atau e-mel aduan@seccom.com.my.
Orang ramai adalah dinasihatkan agar memaklumkan pihak SC melalui talian atau e-mel yang tertera di atas jika sekiranya mereka bertemu dengan mana-mana tapak web, e-mel atau apa-apa maklumat yang mencurigakan di Internet.
VGMC disenaraikan sebagai syarikat yang tidak berlesen dengan SSM

lihat lebih lanjut di sini : http://www.sc.com.my/main.asp?pageid…&linkid&type#v

Source: Hafizul Hakim bin Mohamad Kerta (www.publicgoldsarawak.com)

Click Here to keep GOLD now.
Posted by Muhammad Hazim on 11:54:00 pm. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "VGMC sah tidak diiktiraf oleh Security Commission"

Leave a reply