Kedai Emas Public Gold




Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian,

            Sebelum ini, saya sering kali diajukan beberapa soalan tentang Public Gold. Ada yang terkeliru di antara Public Gold dengan Public Bank. Diharap agar artikel ini dapat membantu anda semua untuk ‘berkenalan’ lebih rapat dengan Public Gold. 


Public Gold atau nama sebenarnya Public Fine Gold International Sdn Bhd merupakan syarikat tempatan yang berpengkalan di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Ditubuhkan oleh Dato’ Louis Ng pada 23 Mei 2008. Untuk melenyapkan sebarang unsur keraguan atau kekeliruan, Public Gold tidak ada kena-mengena dengan Public Bank. Untuk pengetahuan anda juga, Public Gold hanya menawarkan perkhidmatan menjual dan membeli semula emas, menukar barang kemas kepada gold bar Public Gold dan meyimpan emas di Public Safe Sdn Bhd (untuk produk Public Gold sahaja). Syarikat ini tidak menawarkan perkhidmatan menyimpan duit orang ramai seperti Public Bank.
HQ baru Public Gold

Public Gold telah mengeluarkan beberapa jenis produk termasuklah Gold Bars, Gold Dinar, Siver Bars dan Jewelleries. Public Gold juga mempunyai kilang emas mereka sendiri untuk memudahkan pengeluaran stok walaupun permintaannya yang tinggi.


Gold Bars, Gold Dinar & Silver Bars
Dato' Louis Ng bersama Duta produk Public Jewellery, Diana Danielle

Untuk pengetahuan anda, Public Gold merupakan syarikat tempatan pertama yang diiktiraf oleh “The Malaysian Book of Record” sebagai pengeluar Gold Bar tempatan yang pertama mendapat pengesahan daripada Assayer dari segi ketulenan emasnya. Gold Bar yang diiktiraf ialah 20g, 50g dan 100g. Pada tarikh 28 Februari 2010, Public Gold sekali lagi menerima pengiktirafan dari “The Malaysian Book of Record” kali ini sebagai pengeluar Silver Bar yang pertama mendapat pengesahan Assayer.




Bagi rakyat Malaysia, ini membuktikan bahawa Gold Bar keluaran syarikat tempatan setanding dengan keluaran antarabangsa seperti PAMP Suisse, Canadian Gold Maple, Australian Kangaroo dan banyak lagi.

Falsafah Public Gold
·         Untuk menyediakan medium pertukaran yang betul-betul stabil dan asli kepada orang ramai di peringkat antarabangsa.

Visi
·         Penerbit matawang dunia.
·         Pemimpin global dalam perniagaan pertukaran emas fizikal.
·         Menjadi pusat penempaan emas global.

Misi
·         Menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakan kongsi, pengedar dan pelanggan.

Kelebihan Public Gold
·         Menjual emas pada harga yang lebih murah daripada pasaran.
·         Membeli semula emas pada harga yang lebih tinggi berbanding kedai emas lain.
·         Beza antara harga jual dan belian semula yang kecil (Spread).
·         Harga emas mengikut pasaran dunia (update setiap 20 minit).
·         Tiada caj upah pertukangan dikenakan.
·         Stok yang sentiasa ada.
·         Boleh ditempah sepanjang 24 jam melalui agen.
·         Jaminan membeli semula emas berkenaan walaupun emas calar, bengkok, patah atau buka sarung asalkan beratnya masih sama.
·         Mempunyai cawangan & agen di seluruh Malaysia.

Untuk mengetahui tentang latar belakang Public Gold dengan lebih lanjut, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya di talian 013-5778637.

Click Here to keep GOLD now.
Posted by Muhammad Hazim on 7:43:00 pm. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Kedai Emas Public Gold"

Leave a reply